Yang terfikir oleh sang ulat adalah pengakhiran dunia (mati)
Tapi bagi sang rama rama hanya baru mengetahui bahawa hidup ini baru bermula...
Bila kita tidak melihat dan memikirkan masa depan, bermakna kita juga tidak mampu mengharungi cabaran dan ujian yang mendatang, walaupun belum berlaku namun 'mindset' membekukan kemampuan kita untuk terus melangkah dan pada ketika itu rasa takut, risau, tidak mampu, tidak berani, tidak kuat telah bermaharaja dalam diri sehingga kita tidak berupaya melawannya. Diam dan terus berada di takut yang lama. Namun jika kita tidak berfikir sedemikian jadilah ia seperti sang rerama...Sayapnya yang cantik menambahkan lagi keyakinan dirinya, terbang kesana kemari menikmati keindahan alam walaupaun pada hakikatnya ia berasal dari sang ulat. Namun dengan kekutan yang dimiliki diteruskan jua untuk meneruskan hidupnya, menikmati keindahan, walaupun dia tahu pada suatu hari riwayat hidupnya akan tamat maka digunakan peluang itu dengan sebaiknya untuk mengakhiri baki hidupnya dengan satu kepuasan bukan dengan kerisauan lagi....
Walaupun hidup ini penuh dengan onak dan duri namun hidup perlu diteruskan jua. Walau serendah mana kita tapi fikirlah kita semua berada di dunia yang sama, berpijak di bumi yang nyata. Jadi apa alasan kita ???? Semua orang mampu dengan membina hidupnya dengan lebih baik dengan cara masing2 maka gunakan peluang yang diberi Illahi, bersyukur dengan apa yang dimiliki, berusaha dengan apa yang dikehendaki, bersederhana dalam apa jua yang diperolehi, kelak hidup diberkati...Maka tidaklah kita menjadi seperti ulat yang sentiasa takut mati tapi kita akan menjadi seperti rerama yang terbang keriangan mencari destinasi hidup tanpa kompromi....
Hidup penuh kerisauan mati tidak mahu...Apa guna diciptakan???
Namun tidak beerti hidup (berjaya) kita lupa pada Maha Pencipta
By: Zuraida Abd Rahman
Department Of Theology And Philosophy
Faculty Of Islamic Studies
National University Of Malaysia
Comments