Ibu dan Ayah







Ibu Dan Abah anakmu sentiasa merinduimu.Walau kita jauh terpisah namun ikatan kita sangatlah rapat.Walau dimana jua berada ingatanku kepadamu tidak akan luntur walau sedikitpun.Aku berdoa semoga Allah mengurniakan aku rasa cinta dan kasih kepadamu hingga ke syurga.Aku teringat akan beberapa peringtan yang disampaikan oleh muallim kpdaku mengenai Anak yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya,maka syafaat doa anak itu akan smpai kepada kedua kedua orang tuanya ketika di alam kubur.Setiap hari aku memohon supaya Allah mudahkan segala urusanku dan segala urusan kedua ibu bapaku dan Allah mudahkan bagi tiap-tiap orang yang menyayangi kedua orang tuanya kerana Allah.Aku tidak mampu untuk mebalas segala kebaikan dan kasih yang kau curahkan kepadaku Akan tetapi doaku akan sentiasa menyusul buatmu wahai ibu dan ayah.Sewaktu umur kecilku,engkau menjagaku seperti seorang anak putera,walau seekor nyamuk menghinggap pun kau tidak akan membiarkan ia berlaku,memberi minum susumu tidak pernah lelah,menukar pakaianku,mendodoikan aku,mendidikku,mengajarku,menyayangi dan terus menyayangiku.....Wahai ibu dan ayah...Aku mahu kau tahu bahawa aku amat merinduimu disetiap detik nafasku.Setiap kasih sayangmu dahulu  menginsafkan diriku yang dewasa kini masih tidak mampu membalas jasamu....Aku tahu akan susah payahmu mencari rezeki untuk kami adik beradik menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain terasa beban di tanggunganmu wahai ibu dan ayah tetapi kau terus bekerja tanpa mengungkit akan penat lelahmu.Bibir sentiasa diukir senyuman menandakan tiada apa-apa berlaku,namun disebalik riak jiwamu,aku dapat rasakan akan segala pengorbanan ikhlasmu wahai ibu dan abah..Aku berdoa agar Allah kabulkan doaku menjadi anak yang solehah supaya aku dapat berbakti kepadamu pada suatu hari kelak dan aku jua mengharapkan akan kerestuan daripa mu wahai ibu dan abah untuk aku menjalani kehidupan ini dengan keredhaan Allah kerana keredhaan Allah adalah terletak pada keredhaan kedua ibu bapanya...Maka aku sangat mengharapkan perkara itu wahai ibu dan abah.Aku tidak mahu untuk menyesal dan sesal pada kemudian hari,aku risau segala perbuatanku nanti tidak akan mendapat keredhaan Illahi,aku risau aku menjadi seorang anak yang tidak berbakti,aku risau aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi kelak penyesalanku tidak berguna lagi.Aku memohon ampun dan maaf kepadamu wahai ibu dan abah,maafkan segala kesalahanku,halalkan segala makan minumku,redhalah ke atas diriku wahai ibu dan abah.......

Anakmu,

Comments