Kenangan Praktikal di MUIP-

Praktikal - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang sesi 2016/2017
Assalamualaikum w.t.h...kali ni saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit sebanyak mampu saya bawa balik ukm dan mungkin pengalaman ini akan menjadi dorongan dan petunjuk kepada saya apabila berada di alam pekerjaan kelak.

Mula lapor diri pada 11/7/2016 dan bermulalah tugas saya sebagai seorang pekerja yang akan bersama-sama dengan pekerja dan staf pejabat melakukan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran.MUIP adalah sebuah tempat yang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat sekaligus memenuhi tuntutan syarak iaitu sebagai pusat pengurusan berkaitan dengan Zakat.

Perasaan sanagt teruja dan beruntung sekali kerana ditempatkan di agensi ini.Walaupun bidang pengajian saya sama sekali tidak berkaitan dengan bidang tugas di agensi ini tetapi ia sedikit sebanyak memberi input dan inspirasi baru kepada saya dalam meningkatkan nilai tambah dan ilmu baru berkaitan dengan agensi ini.Bidang saya adalah berkaitan dengan Aqidah dan Agama kerana dalam bidang saya jurusan kos adlah Usuluddin dan falsafah Modul Falsafah dan Agama,tetapi kecenderungan saya adalah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran,jadi tidak menjadi masalah kepada saya untuk menjalani tugas-tugas du pejabat ini.



Antara tugas yang diberikan.Key in data :Mklumat diri bagi permohonan subsidi zakat pendidikan,kira had kifayah bagi asnaf,Kenal pasti pemohon yang layak dan tidak layak serta diasingkan mengikut kategori.
 Alhamdulillah ada juga kerja yang kena buat.Rasa macam kerja betul pulak.Terima Kasih kepada penyelia latihan dan pembimbing saya sepanjang praktikal terutama Ustaz Azri Bin Salehuddin dan Ustaz Halim Bin Tajuddin.Mereka banyak membantu saya dalam menjalankan tugas ini dengan baik.

Inila tempat saya ditempatkan sementara pemiliknya cuti bersalin.Alhamdulillah tempa inilah saya dibekalkan dengan tugas.Bilik penyelia sangat dekat tempat ni,jadi memudahkan saya mendapatkan bantuan dan memudahkan penyelia untuk memberi tugas.
Khusyuk membuat kerja nih...






Tugasan dalam menyiapkan profile guru,setiap profile perlu disertakan sekeping gambar berukuran passport.Gambar-gambar guru telah disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat seterusnya tugasan ini diberikan kepada saya untuk mengenalpasti gambar guru mengikut nama yang diberikan untuk dilekatkan didalam profile guru.

            Tempoh yang diberikan untuk menyiapkan tugasan hakiki adalah selama 2 Bulan.Ini kerana tugasan harian juga turut dilakukan pada masa yang sama.Tugasan Hakiki meliputi tugasan menyiapkan borang ‘Draft Biodata’ guru .Tugasan ini  telah menambah pengetahuan saya dengan lebih cekap dalam bidang penaipan terutamanya Microsoft Office termasuk Microsoft Excell,Word dan Power Point. Selain itu,sampul surat yang perlu ditaip nama penerima pada sampul surat tersebut berkaitan dengan surat yang perlu dihantar kepada individu atau pejabat tertentu terutamanya yang berkaitan dalam bidang pengurusan pendidikan.Tugasan ini tidak terlepas dari membuat penghantaran surat iaitu faks,inclose file,photostat,membuat envelop dan menjawab panggilan telefon daripada pemanggil yang ingin berurusan dengan unit pendidikan.




Tugasan menyiapkan ‘Short Profile’ di muka depan sampul kecil.Hal ini dapat membantu pegawai dalam mendapatkan file guru dengan cepat dan betul.Short Profile ini terdapat nama pemilik file,jawatan dan tempat mengajar pemilik. Saya juga diberi tugasan menyiapkan sampul surat dan dalam sampul disertakan  borang maklumat guru yang masih belum diisi. Surat tersebut dihantar kepada Unit Pengurusan File iaitu kepada Puan Nurul Najwa Binti Ruslan selaku Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 untuk dipos kepada Pegawai Agama Islam Muip bagi setiap cawangan disertakan dengan surat makluman untuk mengisi maklumat guru.


Tugasan membuat semakan borang permohonan dermasiswa yang tidak lengkap dan mengenalpasti nombor rujukan permohonan.Bagi permohoan dermasiswa ia telah dikendalikan oleh Pegawai Pendidikan unit pendidikan (dermasiswa) iaitu Encik Mohd Redza Bin Mohd Ayob.Semasa menjalankan tugas ini,saya dipantau oleh staf unit pendidikan iaitu Cik Wan Nursiah Binti Hashim dan Encik Engku Mustakim Bin Engku Arif.Manakala rajah 4 menunjukkan senarai nombor pendaftaran pelajar yang tidak lengkap dan perlu dicari untuk di ‘update’ status permohonan mereka disamping memaklumkan kepada pemohon tentang faktor kegagalan borang diproses secara individu melalui semakan atas talian.Semasa tugasan ini dilakukan pelbagai pendedahan dan maklumat berkaitan dengan pendidikan dapat diketahui,antaranya ialah:
  1.      Mengetahui status permohonan pelajar dengan sistem online sama ada borang diterima atau tidak,borang permohonan lengkap atau tidak lengkap.Permohonan pelajar juga boleh membuat semakan di portal lama web rasmi MUIP
  2. .      Semakan borang dilakukan dan terus di ‘update’ dalam system online.Hal ini dapat memudahkan pelajar membuat semakan secara atas talian.Kategori ‘update’ termasuklah penerimaan borang,kelulusan borang,faktor kegagalan borang diproses, makluman borang lengkap dan pemberitahuan secara atas talian sama ada permohonan wang tunai dibank-in atau tidak.
  3. .      Dapat mengetahu dengan lebih jelas institusi yang layak memohon dermasiswa dan dapat mengetahui nama-nama institusi pengajian bagi seluruh negeri dimana tempat pelajar Pahang menyambung pengajian.
  4. .      Dapat mengetahui dengan lebih jelas individu yang layak untuk membuat pengesahan pada borang permohonan pelajar dari segi akuan pengesahan Hal Ehwal Pelajar dan akuan Hal Ehwal Akademik seluruh institusi pendidikan.
  5. .      Mengikuti Mesyuarat/Himpunan Bulanan bersama semua kakitangan MUIP.



Penyertaan dalam mesyuarat bersama Pegawai Hal Ehwal Islam bagi seluruh Cawangan MUIP negeri Pahang.Mesyuarat ini telah dilakukan pada hari Khamis bertarikh 28/8/2016.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azri Bin Salehud-din selaku Ketua Pegawai Unit Pendidikan.Mesyuarat ini membincangkan mengenai pengurusan pendidkan berkaitan dengan tadika islam MUIP,permohonan peruntukan bagi institusi pendidikan yang membuat permohonan peruntukan seperti peruntukan membaiki tandas sekolah.


-Smile-

Sambutan Hari Raya Aidilfitri???

Aktiviti makan durian???

Tazkirah hujung minggu-Hari Penghulu Segala Hari

30 Minit bersama ustaz.Hanya hari Jumaat

Penyertaan saya dalam tazkirah pada setiap hujung minggu hari jumaaat bersama penceramah jemputan.Aktiviti ini dijalankan pada setiap minggu ini mendapat sambutan dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana dapat meningkatkan kekuatan rohani sekaligus melahirkan pekerja dan majikan yang baik dalam menjalankan tugas.

Bagi tugasan luar,pihak agensi dan penyelia agensi saya membenarkan saya untuk mengikuti satu Program di bawah Unit Mullaf yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Sh.Mohd Firdaus Bin Sh.Othman iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S 41.Selaku penasihat dalam program yang dijalankan,beliau bertanggungjawab untuk memastikan program yang dijalankan berjalan dengan lancar.Program ini berlangsung selama 2 Hari bertarikh 23-24 Ogos 2016 iaitu pada hari Rabu dan Khamis.Berikut disertakan surat lantikan dan senarai edaran bagi Program Mesra Dakwah Saudara Baharu Masyrakat Orang Asli Kampung Sungai Yol,Raub.

Urusetia program''''hihi

            Sebelum program berlangsung,satu taklimat diadakan berkaitan dengan program yang akan dijalankan meliputi tugas-tugas urusetia,tempat penginapan,aktiviti kepada masyarakat kampung dan hal yang berkaitan dengannya.Program ini juga mendapat sokongan bantuan daripada pelajar-pelajar Kolej Universiti Pahang Sultan Ahmad Shah( KUIPSAS),Mereka juga ditugaskan sebagai fasilitator atau pemudahcara bagi melancarkan lagi program yang dijalankan.Unit Asnaf yang menjalankan program turut mendapat sokongan bantuan daripada Unit Teknologi dan Maklumat iaitu Encik Mohd Saiful Azmi Bin Manaf.Tugas Bagi Unit IT adalah memastikan semua peralatan teknikal berada dalam keadaan baik,membuat rakaman peristiwa,mengambil gambar dan membantu unit-unit lain dalam mengendalikan system seperti penggunaan komputer.

Tugasan luar banyak membantu saya dalam mengendalikan sesebuah program terutamanya dari segi etika kerja berkumpulan,pengurusan masa,komunakasi antara ahli kumpulan,latihan berkomunakasi dengan masyarakat luar,pengurusan program dan seumpamanya.Program seperti ini wajar diadakan kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar latihan industri mengasah bakat yang sedia ada dalam mengendalikan program kerana kebiasaannya pelajar telah didedahkan dengan program seperti ini ketika mereka menuntut di institusi pendidikan.Justeru,program ini amat memberi kesan kepada saya kerana dapat merapatkan silaturrahim antara staf dan pelajar praktikal,dapat menyesuaikan diri dengan baik antara pelajar dan staf kerana dalam program seperti ini semua ahli pasukan akan bekerjasama antara satu sama lain serta dapat mewujudkan komunikasi yang baik
Aktiviti dan pertandingan sukan bersama masyarakat kg sungai Yol,Raub

Adik-adik daripada pertama dan fasilitator KUIPSAS turur membantu kami dalam program ini.Alhamdulillah

Antara aktiviti kepada ibu-ibu Kg Sungai Yol

Tiup sampaia pecah dik!!!..

Belajar menggunkan sistem kawalan-keje teknikal ni

Senamrobik bersama adik2 dan masyarakat kampung

Aktiviti mewarna

Penyampaian hadiah kepada peserta yang meneng dalam pertandingan

Penat2 buat program kita pegi rehat2 minda kejap


Ranger pun boleh


Staf2 spotting

Seram tengok air,tapi tidak membatalkan niat ini merasai kesejukan air ni

Kakak,kami nak wefie dengan akak,jom

Dapat juga pakai pemberian masyarakat kampung,sempena majlis persmian penutup program..

Persembahan tarian daripada masyarakat,adik2 KUIPSAS juga tig=dak ketinggalan meyertai sekali.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah cabutan bertuah.Bertuah bagi sesiapa yang dapat!...
Inilah serba sedikit kenangan yang dapat saya kongsikan.

Alhamdulillah selama hampir dua bulan, akhirnya berjaya juga saya tamatkan Latihan Amali/Industri ini .Walaupun dengan tempoh masa  yang agak pendek, namun ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi amatlah banyak serta berguna  bagi bagi  diri  saya  sebagai  sebuah  manual  persediaan  awal  untuk  melangkah  ke alam pekerjaan kelak. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak agensi kerana memberi keizinan untuk menjalani latihan industri selama 2 bulan di sana. Walaupun hakikatnya ianya bukanlah satu tempoh yang agak lama, namun saya dan rakan yang lain dapat menimba ilmu yang baharu yang sememangnya bermakna buat diri  saya dan  rakan-rakan. 
            Peluang yang diberikan  tidak akan disia-siakan  kerana memberikan pengalaman berharga buat mahasiswa seperti saya untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang dan tidak tertumpu pembelajaran dalam bilik kuliah sahaja.Segala tunjuk ajar, dorongan dan bimbingan oleh seluruh pihak sama ada dari pihak universiti mahupun pihak agensi MUIP dalam membentuk dan melahirkan mahasiswa yang mempunyai wawasan dan  hala tuju yang kukuh dan berdaya saing amat berharga buat diri saya dan seluruh rakan-rakan yang lain
            Terdapat juga pelbagai input positif  yang dapat saya diperolehi dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi alam pekerjaan kelak. Sekali  lagi,  jutaan  terima  kasih  saya  titipkan  kepada  semua  pihak  yang  terlibat dalam  membantu  serta  memudahkan  proses  latihan  amali  industri  ini  berjalan  dengan lancar.  Ucapan  ini  juga  saya  tujukan  kepada  pihak  pentadbiran  Universiti  Kebangsaan Malaysia di Fakulti Pengajian Islam, barisan pentadbirandan pengurusan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP),Penyelia saya iaitu Dr.Md.Nor Bin Abdullah serta  semua  pihak  yang  terlibat  sama  ada  secara  langsung  atau  tidak langsung.
            Akhir kata dari saya, pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Amali/Insutri ini adalah merupakan suatu ilmu yang amat bermakna bagi diri saya serta individu lain. Setiap  perkara  yang  dipelajari  sepanjang  Tempoh  latihan  ini  adalah  merupakan  proses persediaan yang penting bagi para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Saya juga amat  berharap  agar  pelajar  yang  akan  menjalani  kursus  ini  pada  masa  hadapan  akan berusaha sebaik yang mungkin untuk menggunakan peluang yang diberikan.


Penulis,
Zaira_Zue
Pelajar Jabatan Usuluddin Dan Falsafah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia








Comments

Unknown said…
assalamualaikum...macammane nak mohon LI kat muip ye? :)
zaira zue said…
Waalaikumsalam....Maaf anje husna sy xperasan coment ni....Permohonan boleh buat lps tny agensi MUIP sendiri call n dptkan kepastian sama ada agensi terima bkk permohonan @ tidak.Klu dibuka anje boleh terus mohon just hntr resume dan surat penempatan latihan praktikal kpd Agensi Muip...Sentiasa follow up utk permohonan ya....
zaira zue said…
This comment has been removed by the author.
nurul said…
Boleh saya tahu sama ada muip ada menyediakan elaun x untuk practical student