Assalamualaikum w.t.h...kali ni saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit sebanyak mampu saya bawa balik ukm dan mungkin pengalaman ini akan menjadi dorongan dan petunjuk kepada saya apabila berada di alam pekerjaan kelak.
Mula lapor diri pada 11/7/2016 dan bermulalah tugas saya sebagai seorang pekerja yang akan bersama-sama dengan pekerja dan staf pejabat melakukan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran.MUIP adalah sebuah tempat yang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat sekaligus memenuhi tuntutan syarak iaitu sebagai pusat pengurusan berkaitan dengan Zakat.
Perasaan sanagt teruja dan beruntung sekali kerana ditempatkan di agensi ini.Walaupun bidang pengajian saya sama sekali tidak berkaitan dengan bidang tugas di agensi ini tetapi ia sedikit sebanyak memberi input dan inspirasi baru kepada saya dalam meningkatkan nilai tambah dan ilmu baru berkaitan dengan agensi ini.Bidang saya adalah berkaitan dengan Aqidah dan Agama kerana dalam bidang saya jurusan kos adlah Usuluddin dan falsafah Modul Falsafah dan Agama,tetapi kecenderungan saya adalah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran,jadi tidak menjadi masalah kepada saya untuk menjalani tugas-tugas du pejabat ini.
 |
Antara tugas yang diberikan.Key in data :Mklumat diri bagi permohonan subsidi zakat pendidikan,kira had kifayah bagi asnaf,Kenal pasti pemohon yang layak dan tidak layak serta diasingkan mengikut kategori. |
Alhamdulillah ada juga kerja yang kena buat.Rasa macam kerja betul pulak.Terima Kasih kepada penyelia latihan dan pembimbing saya sepanjang praktikal terutama Ustaz Azri Bin Salehuddin dan Ustaz Halim Bin Tajuddin.Mereka banyak membantu saya dalam menjalankan tugas ini dengan baik.
 |
Inila tempat saya ditempatkan sementara pemiliknya cuti bersalin.Alhamdulillah tempa inilah saya dibekalkan dengan tugas.Bilik penyelia sangat dekat tempat ni,jadi memudahkan saya mendapatkan bantuan dan memudahkan penyelia untuk memberi tugas. |
 |
Khusyuk membuat kerja nih... |


Tugasan dalam menyiapkan profile guru,setiap profile perlu
disertakan sekeping gambar berukuran passport.Gambar-gambar guru telah
disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat seterusnya tugasan ini diberikan
kepada saya untuk mengenalpasti gambar guru mengikut nama yang diberikan untuk
dilekatkan didalam profile guru.
Tempoh yang
diberikan untuk menyiapkan tugasan hakiki adalah selama 2 Bulan.Ini kerana
tugasan harian juga turut dilakukan pada masa yang sama.Tugasan Hakiki meliputi
tugasan menyiapkan borang ‘Draft Biodata’ guru .Tugasan ini telah menambah pengetahuan saya dengan lebih
cekap dalam bidang penaipan terutamanya Microsoft Office termasuk Microsoft
Excell,Word dan Power Point. Selain itu,sampul surat yang perlu ditaip nama
penerima pada sampul surat tersebut berkaitan dengan surat yang perlu dihantar
kepada individu atau pejabat tertentu terutamanya yang berkaitan dalam bidang
pengurusan pendidikan.Tugasan ini tidak terlepas dari membuat penghantaran
surat iaitu faks,inclose file,photostat,membuat envelop dan menjawab panggilan
telefon daripada pemanggil yang ingin berurusan dengan unit pendidikan.
|
|

Tugasan menyiapkan ‘Short Profile’ di muka depan
sampul kecil.Hal ini dapat membantu pegawai dalam mendapatkan file guru dengan
cepat dan betul.Short Profile ini terdapat nama pemilik file,jawatan dan tempat
mengajar pemilik. Saya juga diberi tugasan menyiapkan sampul surat dan
dalam sampul disertakan borang maklumat
guru yang masih belum diisi. Surat tersebut dihantar kepada Unit Pengurusan
File iaitu kepada Puan Nurul Najwa Binti Ruslan selaku Pembantu Tadbir (P/O)
Gred N17 untuk dipos kepada Pegawai Agama Islam Muip bagi setiap cawangan
disertakan dengan surat makluman untuk mengisi maklumat guru.

Tugasan membuat semakan borang permohonan dermasiswa yang tidak
lengkap dan mengenalpasti nombor rujukan permohonan.Bagi permohoan dermasiswa
ia telah dikendalikan oleh Pegawai Pendidikan unit pendidikan (dermasiswa)
iaitu Encik Mohd Redza Bin Mohd Ayob.Semasa menjalankan tugas ini,saya dipantau
oleh staf unit pendidikan iaitu Cik Wan Nursiah Binti Hashim dan Encik Engku
Mustakim Bin Engku Arif.Manakala rajah 4 menunjukkan senarai nombor pendaftaran
pelajar yang tidak lengkap dan perlu dicari untuk di ‘update’ status permohonan
mereka disamping memaklumkan kepada pemohon tentang faktor kegagalan borang
diproses secara individu melalui semakan atas talian.Semasa tugasan ini
dilakukan pelbagai pendedahan dan maklumat berkaitan dengan pendidikan dapat
diketahui,antaranya ialah:
- Mengetahui
status permohonan pelajar dengan sistem online sama ada borang diterima atau
tidak,borang permohonan lengkap atau tidak lengkap.Permohonan pelajar juga
boleh membuat semakan di portal lama web rasmi MUIP
- .
Semakan
borang dilakukan dan terus di ‘update’ dalam system online.Hal ini dapat
memudahkan pelajar membuat semakan secara atas talian.Kategori ‘update’
termasuklah penerimaan borang,kelulusan borang,faktor kegagalan borang
diproses, makluman borang lengkap dan pemberitahuan secara atas talian sama ada
permohonan wang tunai dibank-in atau tidak.
- .
Dapat
mengetahu dengan lebih jelas institusi yang layak memohon dermasiswa dan dapat
mengetahui nama-nama institusi pengajian bagi seluruh negeri dimana tempat
pelajar Pahang menyambung pengajian.
- .
Dapat
mengetahui dengan lebih jelas individu yang layak untuk membuat pengesahan pada
borang permohonan pelajar dari segi akuan pengesahan Hal Ehwal Pelajar dan
akuan Hal Ehwal Akademik seluruh institusi pendidikan.
- .
Mengikuti
Mesyuarat/Himpunan Bulanan bersama semua kakitangan MUIP.

Penyertaan dalam mesyuarat bersama Pegawai Hal
Ehwal Islam bagi seluruh Cawangan MUIP negeri Pahang.Mesyuarat ini telah
dilakukan pada hari Khamis bertarikh 28/8/2016.Mesyuarat ini dipengerusikan
oleh Ustaz Mohd Azri Bin Salehud-din selaku Ketua Pegawai Unit
Pendidikan.Mesyuarat ini membincangkan mengenai pengurusan pendidkan berkaitan
dengan tadika islam MUIP,permohonan peruntukan bagi institusi pendidikan yang
membuat permohonan peruntukan seperti peruntukan membaiki tandas sekolah.
 |
-Smile- |
 |
Sambutan Hari Raya Aidilfitri??? |
 |
Aktiviti makan durian??? |
 |
Tazkirah hujung minggu-Hari Penghulu Segala Hari |
 |
30 Minit bersama ustaz.Hanya hari Jumaat |
Penyertaan saya dalam tazkirah pada setiap hujung minggu hari
jumaaat bersama penceramah jemputan.Aktiviti ini dijalankan pada setiap minggu
ini mendapat sambutan dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana
dapat meningkatkan kekuatan rohani sekaligus melahirkan pekerja dan majikan
yang baik dalam menjalankan tugas.
Bagi tugasan luar,pihak agensi dan penyelia agensi saya membenarkan
saya untuk mengikuti satu Program di bawah Unit Mullaf yang dikendalikan oleh
Ustaz Mohd Sh.Mohd Firdaus Bin Sh.Othman iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S
41.Selaku penasihat dalam program yang dijalankan,beliau bertanggungjawab untuk
memastikan program yang dijalankan berjalan dengan lancar.Program ini
berlangsung selama 2 Hari bertarikh 23-24 Ogos 2016 iaitu pada hari Rabu dan
Khamis.Berikut disertakan surat lantikan dan senarai edaran bagi Program Mesra
Dakwah Saudara Baharu Masyrakat Orang Asli Kampung Sungai Yol,Raub.
Urusetia program''''hihi
Sebelum program berlangsung,satu taklimat diadakan berkaitan dengan program yang akan dijalankan meliputi tugas-tugas urusetia,tempat penginapan,aktiviti kepada masyarakat kampung dan hal yang berkaitan dengannya.Program ini juga mendapat sokongan bantuan daripada pelajar-pelajar Kolej Universiti Pahang Sultan Ahmad Shah( KUIPSAS),Mereka juga ditugaskan sebagai fasilitator atau pemudahcara bagi melancarkan lagi program yang dijalankan.Unit Asnaf yang menjalankan program turut mendapat sokongan bantuan daripada Unit Teknologi dan Maklumat iaitu Encik Mohd Saiful Azmi Bin Manaf.Tugas Bagi Unit IT adalah memastikan semua peralatan teknikal berada dalam keadaan baik,membuat rakaman peristiwa,mengambil gambar dan membantu unit-unit lain dalam mengendalikan system seperti penggunaan komputer.
Tugasan luar banyak membantu saya dalam mengendalikan sesebuah program terutamanya dari segi etika kerja berkumpulan,pengurusan masa,komunakasi antara ahli kumpulan,latihan berkomunakasi dengan masyarakat luar,pengurusan program dan seumpamanya.Program seperti ini wajar diadakan kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar latihan industri mengasah bakat yang sedia ada dalam mengendalikan program kerana kebiasaannya pelajar telah didedahkan dengan program seperti ini ketika mereka menuntut di institusi pendidikan.Justeru,program ini amat memberi kesan kepada saya kerana dapat merapatkan silaturrahim antara staf dan pelajar praktikal,dapat menyesuaikan diri dengan baik antara pelajar dan staf kerana dalam program seperti ini semua ahli pasukan akan bekerjasama antara satu sama lain serta dapat mewujudkan komunikasi yang baik
 |
Aktiviti dan pertandingan sukan bersama masyarakat kg sungai Yol,Raub |
 |
Adik-adik daripada pertama dan fasilitator KUIPSAS turur membantu kami dalam program ini.Alhamdulillah |
 |
Antara aktiviti kepada ibu-ibu Kg Sungai Yol |
 |
Tiup sampaia pecah dik!!!.. |
 |
Belajar menggunkan sistem kawalan-keje teknikal ni |
 |
Senamrobik bersama adik2 dan masyarakat kampung |
 |
Aktiviti mewarna |
 |
Penyampaian hadiah kepada peserta yang meneng dalam pertandingan |
 |
Penat2 buat program kita pegi rehat2 minda kejap |
 |
Ranger pun boleh |
 |
Staf2 spotting |
 |
Seram tengok air,tapi tidak membatalkan niat ini merasai kesejukan air ni |
 |
Kakak,kami nak wefie dengan akak,jom |
 |
Dapat juga pakai pemberian masyarakat kampung,sempena majlis persmian penutup program.. |
 |
Persembahan tarian daripada masyarakat,adik2 KUIPSAS juga tig=dak ketinggalan meyertai sekali. |
 |
Majlis penutup dan penyampaian hadiah cabutan bertuah.Bertuah bagi sesiapa yang dapat!... |
Inilah serba sedikit kenangan yang dapat saya kongsikan.
Alhamdulillah selama hampir dua bulan, akhirnya berjaya juga saya
tamatkan Latihan Amali/Industri ini .Walaupun dengan tempoh masa yang agak pendek, namun ilmu pengetahuan
serta pengalaman yang diperolehi amatlah banyak serta berguna bagi bagi
diri saya sebagai
sebuah manual persediaan
awal untuk melangkah
ke alam pekerjaan kelak. Jutaan
terima kasih saya ucapkan kepada pihak agensi kerana memberi keizinan untuk
menjalani latihan industri selama 2 bulan di sana. Walaupun hakikatnya ianya
bukanlah satu tempoh yang agak lama, namun saya dan rakan yang lain dapat
menimba ilmu yang baharu yang sememangnya bermakna buat diri saya dan
rakan-rakan.
Peluang yang
diberikan tidak akan disia-siakan kerana memberikan pengalaman berharga buat
mahasiswa seperti saya untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang dan tidak
tertumpu pembelajaran dalam bilik kuliah sahaja.Segala tunjuk ajar, dorongan
dan bimbingan oleh seluruh pihak sama ada dari pihak universiti mahupun pihak agensi
MUIP dalam membentuk dan melahirkan mahasiswa yang mempunyai wawasan dan hala tuju yang kukuh dan berdaya saing amat
berharga buat diri saya dan seluruh rakan-rakan yang lain
Terdapat juga
pelbagai input positif yang dapat saya
diperolehi dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi alam
pekerjaan kelak. Sekali lagi, jutaan
terima kasih saya
titipkan kepada semua
pihak yang terlibat dalam membantu
serta memudahkan proses
latihan amali industri
ini berjalan dengan lancar. Ucapan
ini juga saya
tujukan kepada pihak
pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia di Fakulti Pengajian
Islam, barisan pentadbirandan pengurusan Majlis Ugama Islam Pahang
(MUIP),Penyelia saya iaitu Dr.Md.Nor Bin Abdullah serta semua
pihak yang terlibat
sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
Akhir kata dari
saya, pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Amali/Insutri ini adalah
merupakan suatu ilmu yang amat bermakna bagi diri saya serta individu lain.
Setiap perkara yang
dipelajari sepanjang Tempoh
latihan ini adalah
merupakan proses persediaan yang
penting bagi para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Saya juga amat berharap
agar pelajar yang
akan menjalani kursus
ini pada masa
hadapan akan berusaha sebaik yang
mungkin untuk menggunakan peluang yang diberikan.
Penulis,
Zaira_Zue
Pelajar Jabatan Usuluddin Dan Falsafah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments