The Love of Wisdom


ST THOMAS AQUINAS

St Thomas atau dikenali sebagai Thomas adalah anak kepada Count londolf telah dilahirkan di istana Rocasecca berdekatan Aquino,Italy pada tahun 1225.Sepanjang perajalanan hidup beliau,Thomas telahmenyertai pemerintahan Domican seterusnya menyambung pelajarannya di Paris dan Cologne.Beliau telah mula belajar teologi dan falsafah di Cologne,Paris,Bologne,Paris,Bologna,RomesdanNepel dan beliau menumpukan perhatian kepada system pemikiran katolik yang wujud pada zaman itu.beliau mati pada tahun 1274.(Frank Thilly 1941,226).Aquinas adalah tokoh ahlifalsafah kristian yang paling berpengaruh di Barat yang banyak memperkatakan tentang pemikiran IbnuSina dan ibnuRushd.(AhmadSunawari Long 2008,87).
Sepanjang tempoh pengajian,beliau telah melakukan kajian berkaitan dengan fahaman Aristotle dan kepercayaan Kristian tentang konsep ketuhanan.Beliau mendapat pengisytiharan bahawa Sistem Falsafah Aquinas menjadi falsafah katolik rasmi oleh Pope Leo xii pada tahun 1879.(Steven M.Cahn 2000,229-230).
Antara karya-karya penting yang ditulis oleh beliau tentang ulasan dan erti sebenar (wisdom) iaitu kebijaksanaan  Contra gentiles danSumma theologica dimana beliau menekankan ilmu berkaitan dengan ketuhanan (teologi) daripada fahaman kristian dan falsafah daripada ahli-ahli falsafah lama dalam karyanya.(Russel,BertrandRussel 1961,444-445).
Falsafah menurut Thomas ialah fakta-fakta yang berkaitan dengan tuhan atau dalam fahaman kristian beliau adalah trinity yang membahaskan tentang penciptaan perkataan dalam masa,dosa awal,upacara agama kristian yang simbolik yang dianggap suci dari segi keagamaan dan tidak dapat dibuktikan dengan sebab-sebab yang berlaku secara semulajadi.(Frank Thilly 1941,227)
Aquinas menafikan bahaw amanusia akan tahu tentang kewujudan tuhan dengan pelbagai cara melainkan dengan hubungkait falsafah.Beliau tidak percaya bahawa manusia menerim kenyataan metafizik mereka tanpa bergantung kepada yang dibangunkan oleh orang lain.(Arthur Pap dan Paul Edward 1958,75).Metafizik disini yang dibawaoleh St Thomas ialah falsafah utama dan juga ilmu falsafah ketuhanan (scienta diving).Beliau menerima definisi  yang  diberikanoleh  Aristotle bahawa falsafah  adalah satu ilmu yang mengkaji zat sebagai zat atau kewujudan/benda sebagai satu kewujudan/benda.(AhmadSunawari Long 2008,112)
Oleh itu,beliau memperkenalkan Teori Lima Kaedah untuk membuktikan kewujudan tuhan dalam mengharmonikan falsafah dan agama.Pertama,TeoriGerak (theory of motion),adalah mustahil sesuatu itu bergerak dan digerakkan pada masa yang sama.Kedua,Teori Penyebab Cekap (efficient Cause), pancaindera juga membuktikan tiada sebarang objek menjadi penyebab cekap kepada dirinya sendiri.Oleh itu wajib ada penyebab cekap yang pertama dikenali sebagai Tuhan.ketiga,perkaitan antara sesuatu yang mungkin dan wajib (possibility and necessity) menunjukkan bahawa kewujudan sesuatu mesti diwujudkan oleh sesuatu yang sedia wujud yang sifatnya wajib wujud.Keempat,Tingkat Perkembangan Benda,menunjukkan bahawa yang paling sempurna adalah penyebab kepada yang kurang sempurna.Kelima,Pemerhatian Susunan Pentadiran Alam contonya Planet Bergerak pada paksinya mengikut hukum alam menuju ke arah satu matlamat.(Ahmad Sunawari Long 2008,87-88).
Natijahnaya,teori yang dibawa oleh St Thomas mempunyai perkaitan dalam kehidupan umat islam sendiri,sebagai conoh teori pemerhatian susunan pentadbiran alam adalah teori yang dapat diterima logic akal berdasarkan pemerhatian kita sendiri.kita tidak dapat membuktikan mereka tetapi kita boleh menyangkal bantahan terhadap pengenalan yang dibawa oleh mereka dengan akal fikiran yang dikurniakan tuhan sebagaimana yang tertera dalam kita bsuci Al-quran,Firman-Nya: ...............................يؤتى الحكمة من يشاء….yang bermaksud “Allah  memberikan hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiny..”(Surah al-Baqarah,269).Maka gunakanlah akal yang diberi untuk mencapai kebijaksanaan.(Syeikh Abdul MajidSubhi 2007,123).



Comments