Burung....
Beristirehat dalam terbangnya
Lalu hinggap di sebuah pohon yang terlalu ranting
Sehingga lenturannya itu dirasai
Sambil menikmati ayunan dan turut bernyanyi-nyanyi
Kerana dia tahu ia mempunyai 'wing'
Terbang bila patahnya ranting
Bukan hendak menunjuk lagak mahupun riak,
Namun digunakan kelebihan yang dimiliki untuk menikmati.
Tidak dibiarkan sedih menguasasi
Dan tidak pula dibiar gembira sehingga lupa duniawi.
Cukup sekadar menikmati, menghayati dan mensyukuri.
Sehingga tibanya ketenangan jiwa, lalu terbang membawa diri.
Merasa diri cukup bermakna bila mensyukuri,
Walau tidak dapat menyelam seperti pari
Berenang dilautan menyelam sehingga ke dasar lautan biru
Cantik tidak terperi
Namun dapat menggunakan sayapnya untuk terbang tinggi
Melihat kebiruan langit dan putihnya awan sambil bernyanyi
Indah tidak terperi
Namun tidak sedikit pun iri pada pari
Menggunakan setiap kelebihan yang dimiliki
Untuk dinikmati dan disyukuri
By: Zuraida Binti Abd Rahman
Department Of Theology And Philosophy
Faculti of Islamic Studies
National University Of Malaysia
Comments