Assalamualaikum

FAMILY DAY KUFAH 2017-Padang KTHO,UKM
8.00AM-12.00PM-SATURDAY

Kenangan sem akhir 'berukhuwwah bersama warga kufah sesi 2016/2017.


Perkenalkan mentor saya, namanya Prof Dr Kamaruddin Bin Salleh merangkap mentor dan sv saya bagi latihan ilmiah. Beliau sangat sporting dan berfikiran terbuka. Banyak kata-kata motivasi yang beliau kongsikan bersama kami. Perkongsian yang membakar semangat, bermula dari segi latarbelakang keluarga dan latarbelakang pendidikan dapat dilihat beliau seorang yang bersederhana dalam apa jua keadaan, dengan sikap maintain dan semangat ingin mendapatkan sesuatu  menjadi matlamat, maka ia menjadi satu titiktolak untuk terus berusaha dengan berbekalkan semangat yang tinggi maka cita-cita dan kehendak beliau tercapai. Pesanannya yang masih terngiang-ngiang adalah berkaitan dengan semangat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu. 

"Kehendak untuk memiliki sesuatu menjadikan kita seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara sehingga tercapai kehendak tersebut. Contohnya sebelum masuk universiti aku mesti memiliki sebuah motosikal, maka apa jua kerja aku mesti lakukan selagi ianya mampu dilakukan. Begitu juga ketika ketika hendak mengejar cita-cita maka beberapa perkara mesti aku selesaikan dan syarat-syarat tertentu mesti dipenuhi, aku mesti sambung belajar dan kuasai ilmu dalam bidang yang diminati. Ilmu bukan untuk kegunaan bekerja semata-mata bahkan ia menjadi satu 'bonus' dan laluan untuk melakukan kebajikan  dengan  berkongsi ilmu tersebut kepada orang lain."

Perkong

Sesi Bola Jaring Dan Bola Tampar








Briefing-Sukaneka bersama pensyarah

Masa rehat
Bersama K.nik yang sokmo lawak
-Peace-

Bertemu berpisah kerana Allah

 Semoga bertemu kembali...

 By: Zuraida Binti Rahman
Department Of Theology And Philosophy
Faculty Of Islamic Studies
National University Of Malaysia












Comments