IKIMFM_SENTIASA_MENJADI_PILIHAN_UTAMA

Assalamualaikum w.t.h Alhamdulillah bertemu kembali kita dalam episod baru. Kali ini saya akan berkongsi kepada pembaca berkenaan dengan hobi.Sedikit perkongsian mengenai hobi saya,saya seorang yang suka mendengar radio. Saya selalu dengar radio,tapi bukan sekadar dengar je tau,kadang kala pelbagai ilmu dan maklumat yang kita perolehi tanpa kita sedari. Mula jatuh hati pada siaran ini apabila kakak saya yang sangat minat pada muzik nasyid,kemudian saya tanya kepadanya tentang asal-usul datangnya lagu-lagu nasyid yang dia selalu buka di fonnya,kemudian dia syorkan saya untuk buka ikim fm,best katanya. Masa ini saya belum masuk university lagi,2013. Lepas dapat tahu pasal ikim,sejak hari itu hati terus jatuhchintadengan ikim...bukat sekadar nasyid yang dapat hiburkan dan mendidik hati malahan dapat merawat hati yang kurang tenang dengan aluan zikir,ayat-ayat suci al-quran dan kadang kala disertakan dengan tazkirah daripada asatizah yang petah lisannya dengan perkongsian ilmu dan motivasi bagi para pendengar. Terima kasih warga kerja ikim dan siaran ikimfm yang selalu menjadi terbaik dalam memberi inspirasi kepada ummah.

Biasanya saya mendengar siaran radio ikimfm pada setiap pagi,tatkala selesai solat subuh dan amalan yang sewaktu dengannya teruson’kan ikim.Bila masa lapang menjengah ,ikim fm biasa menjadi teman saya ketika bosan.Ikim memang banyak perkongsian ilmu kerana pihak ikim setiap hari dan pada waktu tertentu akan ada slot bersama para ilmuan, jemputan pihak ikim tidak pernah menghampakan pendengar seperti saya.Ramai ustaz,ustazah,pensyarah,pegawai2 dan tokoh ilmuan yang lain telah berjaya bersiaran bersama-sama Dj ikimfm secara live dalam memberi pendapat atau pandangan dan analisis-analisis terkini mengenai isu-sisu semasa terutamanya berkaitan dengan pengetahuan islam. Pelbagai sudut ilmu  dapat diperolehi oleh orang islam dan juga orang bukan islam. IKIM ditubuhkan pada 18 Feb 1992 dan pada hari ini,detik 18 Feb 2017 IKM menyambut hari ulang tahun yang ke-25 tahun. Manakala IKIMFM pula akan menyambut ulangtahun siaran pada bulan Julai ini,insyallah semoga ikim terus melangkah jauh dan semoga terus berjaya. Jadi,ayuh sahabat-sahabat pembaca bersihkan hati,lancarkan komuniksi,seimbangkan persepsi dengan mendengar ikimfm,semestinya pilihan saya dan juga pilihan anda. Insyaallah

Oleh:Zaira zue
Theology And Philosophy
National Universiti Of Malaysia
Bangi,Selangor

#ikimfm
#ikimfmpilhanutamaanda
#ikim2017

Comments