Biar jauh di mata tapi dekat dihati, walau sesaat kita bersua namun kau tetap tidak dilupa. Bertemu berpisah kerana Allah, tidak akan ku putus tali persaudaraan ini,ku tunggu sehingga kau diberi hidayah, diberi rahmat untuk melihat Kebesarannya. Aku hanya insan kerdil yang masih lagi perlu menuntut, ilmu yang ada didadaku ibarat jari yang ku celup di lautan luas, yang bersisa di jariku hanyalah sekadar untuk diriku dan secebis untukmu. Walaupun begitu tetap aku kan terus berjuang dan berjuang demimu wahai saudaraku. Apabila memikirkan keadaaamu,timbul rasa hiba dihati, kau insan baik,pemurah, sabar dengan keadaan namun kau tetap tersenyum, tapi satu yang aku inginkan iaitu aku ingin membawamu bersamaku menuju cahaya kebenaran, berpegang pada satu ajaran, berjalan seiring sehaluan melalui jalan seruan, beramal dengan didikan islam. Usaha kecil yang dapatku lakukan adalah dengan berdoa pada Yang Maha Esa, agar kau mendapat Hidayah-Nya. Kami insan kerdil hanya mampu memberi sokongan moral, kebajikan dan lain-lain perkara, harapan supaya kau terus seiring bersama kami, berusaha memperbaiki diri dan berjuang membebaskan diri dari kehidupan yang lalu. Mulakan hidup baru dengan lebih baik.

23/2/2016-Khamis-Maka bermulalah permusafiran kami, 81 Peserta, 2 buah bas, 40 bas A dan 40 bas B, kami bertolak pada jam 11.20 Pm... Tiba di RnR gua musang pukul 12.00 Am berehat seketika dan teruskan perjalanan sehingga pukul 5.00 Am untuk berhenti rehat dan solat di Masjid Gua Musang
Suasana sepi di dalam bas, masing-masing dibuai mimpi agaknya, tapi orang yang dibelakang sekali tidak boleh melelapkan mata sebab betul2 berada di atas lapisan atas tayar, orang naik bas kita naik kuda....
 |
Berhenti agak lama di masjid Gua Musang,5.00-7.30 Am... time to togather... |
 |
Alhamdulillah selamat tiba.. Kami diminta berkumpul di surau perkampungan Kg.Galas untuk sesi pembahagian family angkat ... |
 |
Disebabkan kampung family jauh, inilah masa bersama-sama mereka berbual sambil menikmati keindahan flora fauna.. |
 |
Sambil berprogram,isi masa juga untuk sesi temubual bagi subjek Antropologi Agama.... Pak cik dan Mak Cik yang sangat sporting dan peramah, banyak input diperolehi sepanjang sesi ini... |
 |
1-2-3 Clippp....Inilah geng2 saya...sambil menyelam kita minum air,,, sambil berprogram kita siapkan tugasan... masa ni lepas interview rumah Abah yang sangat sporting.. dikenali sebagai Abah Syawal.. haha.. sebab terlalu saynagkan anak angkatnya.. |
 |
-ABIM- |
 |
Nasib baik tak tenggelam..... walau jauh perjalanan semua halangan kami lalui dengan jayanya.... haha... anggap je macam berhiking...
. |
 |
Sesi 'marathon' bersama-sama menuju rumah family masing-masing |
 |
Hari last bersama... jom lah kita berkenangan bersama.. |
 |
2 Kumpulan Anak Angkat 1 Keluarga... Sepatutnya 3 orang tapi disebabkan anak kepada Amek tinggal sekali dengan ibunya, jadilah satu family besar dalam satu rumah |
 |
Satu perkampungan yang mengambil family angkat,.. disebabkan tak cukup space, setakat ini je muat dalam gambar... |
 |
Anak-anak didik... mereka sangat mudah rapat dengan kakak n abang2 angkat.. Mudah dididik
|
 |
Kenangan bersama |
 |
Kami satu family angkat..
|
 |
Sesi bersalaman bersama family dan orang kampung.... Hari terakhir kami bersama mereka... |
Sekian saja sedikit pengalaman, tiada caption panjang cukup dengan gambar2 ini dapat mengingatkan daku akan setitik pengorbanan dan usaha. Semoga bertemu di lain waktu insyaallah...
By: Zuraida Abd Rahman
Department Of Theology And Philosophy
Faculty Of Islamic Studies
National Universitu Of Malaysia
2017 sesion
Comments