Mengapa hati masih bermuram sedang bibir dizahir menguntum senyuman.Mengapa masih bersedih hati sedang disaat kau bersama teman,gelak tawa kau tidak langsung menunjukkan kesedihan.Adakah kau seorang yang tabah?
Disaat kau keseorangan adakah kau masih bergembira?Sudah semestinya tidak bukan?Dimana kegembiraan itu menghilang?adakah kerana kau kesunyian tanpa taulan?....Atau kau hanya berpura2 dihadapan kawan?
Pada satu saat,tiba-tiba engkau mendiamkan diri.Engkau telah menjadi tanda tanya yang tidak berjawab daripada persoalan demi persoalan,apakah engkau akan terus tidak bersuara dengan berpura-pura,menipu akan perasaan engkau sendiri dengan mengambil langkah berdiam tanpa bicara?..
Adakah engkau rasa itu satu keputusan yang terbaik sedang diam itu adakala menjadi baik adakala menjadi tidak baik.Engkau berada pada landasan pertengahan dimana engkau teragak2 untuk membuat keputusan sama ada betul@tidak.
Adakah Al-a'rahlf itu menjadi pilihan.Adakah engkau akan membiarkan diri engkau dengan tidak memutuskan keputusan yang benar,masih di takuk yang lama,takut ditelan mati emak diluah mati bapak,Dikhabar takut di salahkan apaila diam bimbang tidak memberi manfaat.Habis dimana pendirian sebenar kau?Engkau adalah engkau bukan orang lain dalam pepatah inggeris ada menyebutkan 'you are what you eat you are what you think'.
Tiidak menjadi masalah engkau meminta pandangan dan nasihat,itu lebih mematangkan fikiran kau.Lebih menjadikan kau seorang yang mempnyai hala tuju dengan bimbingan serta dorongan.Cubalah bangkit dengan segala daya dan usaha kemudian bertawakkal kelak sesuatu yang sukar terasa senang bagimu,sesuatu yang sedih menjadikan Kau lebih tabah,menerima dengan seadanya tanpa berkeluh kesah,satu identii menunjukkan akan kesyukuran kau pada Pencipta
Tapi yang menjadi kebimbangan adalah tentang pengamalan kau.Jika engkau yakin dan sedar,mengapa masih lagi tidak engkau amalkan,masih lagi ditahap serba kekurangan,tidak wujudkan keyakinan,adakah tidak kau rasa sia2 akan pengorbanan kau??
Bangkitlah wahai jiwa yang tenang.Fitrah .............
Comments