Ukhuwwah Fillah
Assalamualaikum
wth.Alhamdulillah hari ini berkesempatan menulis lagi,kawan rapat tidak pernah jemu menemani saya dikala
sunyi,setiap masa dimana jua,itulah Ikim
fm..hihi....Kadang-kadang hati kita sunyi dek kerana kita terlalu rindu kepada
makhluk ciptaan-Nya sehingga kita lupa pada Pencipta iaitu pemilik hati,Jika
kita ingin hati kita tidak sunyi aka penuhilah ia dengan Zikir mengingati Allah
swt,ayat-ayat cinta yang Allah turunkan kepada kita maka bacalah selalu supaya
hati kita tidak sunyi daripada mengingati-Nya.Ana sendiri telah menerima surat
daripada-Nya yang telah diutuskan melalui perantaraan Malaikat dan terus kepada
Kekasih-Nya seterusnya kepada ummat yang dikasihi,sama seperti sahabat-sahabat
jua.Teringat pesanan Nabi yang berbunyi “Bacalah al-Quran,sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya”.Masyallah....Hebat
sekali mukjizat yang dikurniakan kepada kita,maka gunakanlah ia dengan
sebaik-baiknya.
Hari
ini mungkin Ana sangat kesunyian kerana orang yang saya sayangi telah pergi
dari hati ini,sedih yang amat sangat,bibir mengukir senyuman tetapi dalam lubuk
hati siapa tahu kan?Tetapi Ana ada Allah dan Rasul sebagai peneman setia dikala
sunyi,mungkin sebelum ini Ana tidak Nampak dan tidak mengambil berat tentang
perkara ini,tetpai apabila datang sesuatu ujian berbentuk ujian rohani barulah
kita dapat rasakan bahawa ujian rohani adalah lebih berat berbanding ujian
fiikal.Tidak dinafikan bahawa Hati tidak boleh diluahkan dengan perbuatan
fizikal tetapi Perasaan memainkan peranan daam menentukan ketenangan atau
sebaliknya kerana keadaan rohanai menzahirkan keadaan Jasmani,klu Ana salah
dalam kata2 harap dimaafkan kerana Ana hanya manusia biasa yang tidak lari dari
kesilapan...
Allah
datangkan ujian kerana Allah rindu akan rintihan dan doa hamba-Nya,Adakah kita
mahu menyalahkan Allah?Tidak sama sekali,kerana hamba yang dirindui Allah
amatlah beruntung jika ia bersabar dan menjalani kehidupan seperti tiada apa2
yang berlaku,tetapi apabila ia bersama Allah ia mengadu dan merintih memohon
kepada Allah supaya diringankan ujiannya,itulah orang yang berjaya dengan ujian-Nya.Jika
ditimpa ujian janganlah kita cepat melatah dengan terus lari daripada-Nya
kerana Allah tidak menguji seseorang hamba dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya.Masyaallah.
Alhamdulillah Ana dikurniakan dengan sahabat2 yang caring dan sangat baik dengan Ana,setiap kali ada masalah merekalah yang banyak membantu walaupun bibir ini berat untuk menceritakan masalah tetapi sahabat Ana ini lebih mengetahui dan merekalah yang 'mengoffer' untuk membantu,,Masyallah,,,,Terharu hati ini tiada siapa yang tahu kecuali Pemilik Hatiku..Allah SWT.walaupun sudah 'dicover' tetapi firasat dalaman seorang kawan akan dapat merasakan masalah yang dihadapi kawannya,itulah kemanisan dalam bersahabat jika kita bersahabat kerana Allah.Teriam Kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku,ingin ku 'mention' nama mereka dalam diari hidupku kerana berjaya 'menyentuh hati' ini dengan kebaikan yang sangat ikhlas dalam membantuku iaitu Nik Nur Habsah,Nurul Anis Athirah,Fatihah,Nornis,Anis dan Zul,merekalah peneman ketika kebosanan melanda..."kacau online itu bese",dalam kenakalan ada ke 'caringan'..hehe.....Terima Kasih sahabat...kata seorang sahabtku 'Zu kita kan sahabat,saling tolong menolong tu perkara biasa'..betul kan?...yang berlalu biarkan berlalu yang akan datang teruskan berusaha dan jangan pernah berpaling ke belakang jika itu membuatmu lemah' "yang penting zu tolong doakan supaya 'aku' dimurahkan rezeeki dan dipertemukan dengan jodoh yang soleh"...haha ...lawak jugak kawan aku sorang ni....tapi apa2 pun kengana bersama akan sentiasa berada dalam catatan diari hidupku..No worries...
Comments